Johor harap tarik lebih banyak pelaburan tahun hadapan

Johor Bahru

JOHOR BARU: Kerajaan negeri menjangkakan dapat menarik lebih banyak pelabur ke negeri itu tahun hadapan, dengan anggaran nilai pelaburan melebihi RM5 bilion, menerusi usaha berterusan kerajaan negeri dalam menarik pelabur.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah berkata pada 2017, nilai pelaburan langsung yang diperoleh mencecah RM5 bilion.

“Saya telah pergi ke China, Taiwan dan Singapura baru-baru ini, dan bulan hadapan pula bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ke Jepun, Korea, Indonesia, Eropah dan India, bertujuan untuk menarik pelabur ke Johor, terutama dalam sektor halal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pos Malaysia Sedunia peringkat negeri, di sini hari ini.

Source: Bernama